German Educare

5 Sebab Kenapa Pilih Jerman Untuk Kerjaya kejururawatan Anda

Burnout. Bergaji rendah

Ini adalah apa yang sering dikaitkan dengan profesion kejururawatan. Jururawat dikehendaki bekerja secara syif dan mempunyai waktu kerja yang lebih panjang. Tugas seorang jururawat bukan sahaja menguji kekuatan mental tetapi juga fizikal. Jika anda juga seorang jururawat, anda akan bersetuju bahawa untuk meringkaskan pekerjaan anda dalam satu perkataan sahaja – itu adalah sesuatu yang mustahil.

Source: https://www.boredpanda.com/funny-nurse-memes/?utm_source=google&utm_medium=organic&utm_campaign=organic

Semua orang mahukan perubahan tetapi tidak semua akan mendapatnya dengan mudah. Tetapi mungkin inilah masanya untuk anda mendapatkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan yang lebih baik, gaji yang lebih memuaskan dan setimpal, dan juga peningkatan kebolehan diri. Soalan seterusnya yang anda harus tanya diri anda adalah – Bagaimana dan di mana harus saya bermula?

J-E-R-M-A-N

Bagaimana hendak berkomunikasi? Jangan biarkan bahasa menjadi penghalang anda. Pembelajaran bahasa Jerman bukanlah semudah 1,2,3 tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Majoriti daripada kita di Malaysia boleh bertutur lebih daripada satu Bahasa. Mempelajari Bahasa baru adalah seperti seorang kanak-kanak belajar bertutur. Kemahiran mendengar, memahami dan bertutur adalah kemahiran asas yang diperlukan untuk mempelajari sesuatu bahasa.

Source: https://tenor.com/view/cats-in-glasses-smart-cat-funny-animals-im-smart-gif-13411658

Dengan mempelajari Bahasa baru, anda bukan sahaja meningkatkan kebolehan diri tetapi mempunyai peluang yang lebih luas untuk pekerjaan.

Permintaan yang tinggi dan penempatan kerja yang terjamin

Generasi Baby Boomers bersara/ telah bersara. Pada masa ini, generasi ‘baby boomers” atau generasi dengan kadar kelahiran yang tinggi telah sampai pada peringkat persaraan ataupun bakal bersara. Ini menyebabkan terdapat banyak keskosongan dalam bidang kejururawatan. Malah mereka juga termasuk dalam golongan yang bakal memerlukan penjagaan kejururawatan dan ini akan meningkatkan lagi pemintaaan.

Jerman merupakan salah satu negara yang mempunyai sistem penjagaan kesihatan bertaraf dunia, walaupun begitu sektor kesihatan mereka tidak memiliki jururawat yang cukup untuk menampung keperluan hospital atau rumah sakit. Untuk mengatasi masalah ini, negara Jerman telah mula mengupah jururawat antarabangsa yang diperakui dari negara luar seperti Vietnam, Filipina, Thailand, Sepanyol, Romania dan banyak lagi. Dalam usaha mengisi jurang permintaan yang tinggi, penempatan pekerjaan di Jerman menjadi lebih mudah dan lebih banyak peluang dibuka.

Jururawat mendapat permintaan di tempat-tempat seperti hospital dan klinik, rumah kejururawatan, asrama/rumah untuk orang kurang upaya, perkhidmatan sosial pesakit luar, pusat pemulihan, dan juga sekolah vokasional.

Keseimbangan antara kerja dan kehidupan

Jerman adalah antara 10 negara teratas di dunia yang mementingkan keseimbangan dalam kerja dan juga kehidupan seharian. Sebagai contoh, jururawat di Jerman dibolehkan untuk mengurus waktu kerja mereka berdasarkan syif pilihan sendiri.

Secara umumnya terdapat 3 syif kerja untuk dipilih, dari 6 pagi hingga 2.30 petang, dari 1.30 petang hingga 10 malam, dan dari 8.30 malam hingga 6 pagi. Sesetengah hospital atau penjagaan di rumah juga menyediakan fleksibiliti bekerja 6 malam syif diikuti dengan 6 hari rehat. Sistem ini membolehkan anda mengimbangi masa untuk komitmen lain selain daripada kerja, seperti keluarga, rakan-rakan, dan masa peribadi anda.

nursing career in Germany

Source: https://tenor.com/view/nurse-gif-9073219

Elaun yang menarik dan faedah sosial

Gaji sentiasa menjadi salah satu faktor yang penting menyumbang kepada kepuasan kerja kita. Dalam kaji selidik yang dilakukan atas kepuasan kerja jururawat, 80% responden memilih gaji sebagai pertimbangan utama mereka apabila mencari pekerjaan. Pampasan yang menarik akan membuatkan pilihan untuk ke negara asing lebih berbaloi.

Ini adalah satu alternatif yang terbaik untuk anda! Negara Jerman terkenal dengan pendapatan yang tinggi untuk jururawat. Secara purata, pendapatan tahunan seorang jururawat di negara Jerman adalah sekitar 33,000 EUR, iaitu 2,800 EUR kasar untuk sebulan. Jumlah ini berbeza berdasarkan pengalaman, kelayakan, tempat dan peralihan kerja anda. Walaupun anda perlu membayar peratusan cukai yang tinggi (sekitar 40% daripada pendapatan kasar anda), tetapi cukai ini termasuk insurans kesihatan, insurans persaraan, insurans pengangguran, insurans penjagaan kejururawatan, dan insurans kemalangan. Pada kiraan kasarnya, anda hanya mendapat 60% daripada pendapatan anda, tetapi ini adalah kerana negara Jerman menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan percuma kepada semua penduduk di negara ini. Cukai ini adalah sebagai persedian apabila seseorang itu menghadapi sebarang masalah, bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga untuk pengangguran dan persaraan.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai jumlah caruman yang tepat daripada pekerja dan majikan untuk setiap caruman keselamatan sosial di sini.

Peningkatan kerjaya dan diri

Di negara Jerman, terdapat banyak peluang peningkatan kerjaya untuk jururawat. Kebanyakan jururawat akan bekerja di unit tertentu selama beberapa tahun sebelum dinaikkan pangkat seperti ketua pasukan. Anda juga berpeluang untuk maju ke peringkat yang lebih tinggi, seperti dalam pengurusan. Selain itu, anda juga mempunyai pilihan untuk menukar kerjaya anda sepenuhnya ke dalam bidang akademik dengan menjadi pelatih jururawat di sekolah vokasional.

Jerman adalah sebuah negara yang sangat mementingkan pendidikan, oleh itu mereka menawarkan pelbagai peluang untuk sesiapa sahaja melanjutkan pelajaran. Pada masa kini, terdapat lebih daripada 200 kursus kejururawatan yang boleh dipilih. Kebanyakan kursus ini dijalankan separuh masa supaya anda boleh terus bekerja semasa belajar. Malahan, terdapat sesetengah syarikat/firma yang menyediakan pelbagai bentuk sokongan termasuk kewangan bagi membantu pekerja mereka dalam menyertai kursus ataupun melanjutkan pelajaran.

Budaya dan pendedahan antarabangsa

Salah satu faedah tinggal di negara asing adalah pendedahan kepada budaya tempatan mereka. Negara Jerman adalah antara 5 negara paling popular untuk imigresen. Terletak di tengah-tengah Eropah, ianya bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi penduduk mereka merentas sempadan pada hujung minggu untuk bercuti.

Terdapat banyak destinasi menarik yang anda boleh lawati dan kebanyakannya terletak dalam jarak yang dekat. Anda boleh melawat banyak tempat menarik dengan memandu dala beberapa jam, mengambil perjalanan kereta api, atau penerbangan tambang murah. Siapa saja yang tidak suka melawat Holland, Paris, atau Athens pada bila-bila masa?

Selain dari lokasinya yang berpusat dan strategik, cara hidup dan kerja masyarkat Jerman gak sedikit berbeza. Mereka dikenali sebagai antara 10 negara yang paling produktif. Pekerja Jerman dikenali sebagai orang yang menepati masa dan bersikap terus terang. Kedua-dua sikap ini menyumbang kepada kadar produktiviti mereka yang tinggi.

working in Germany

Source: https://www.dw.com/en/from-bread-culture-to-extreme-punctuality-20-comics-about-german-culture/g-46572885

Ambil langkah pertama anda

German Educare menyediakan program persediaan kursus kejururawatan untuk jururawat bertauliah yang berminat untuk bekerja di negara Jerman. Dalam program persediaan ini, anda akan dibantu untuk mempelajari bahasa Jerman sehingga tahap B2. Anda juga akan dibimbing untuk permohonan visa dan permohonan kerja di hospital atau pusat penjagaan kesihatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program persediaan kursus kejururawatan ini, anda boleh lawati laman sesawang kami atau hubungi kami untuk rundingan percuma.